
![]()
|
KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN
|
|||||||||||
|
v
IYBPP
menawarkan program usahasama dengan UiTM. Antara kursus yang ditawarkan di
bawah program ini ialah sebanyak 5 kursus yang terdiri daripada dua
kategori iaitu pertamanya kursus peringkat pra dan keduanya kursus-kursus
peringkat diploma. v
Kursus-kursus
peringkat pra ialah :
1.
Pra Perdagangan
2.
Pra Sains.
v
Kursus-kursus
peringkat diploma ialah :
3.
Diploma Perakaunan
4.
Diploma Pengajian Perniagaan
5.
Diploma Sains Komputer.
PENGENALAN KURSUS 1)
PRA PERDAGANGAN (PD 003) Dalam
kursus ini pelajar-pelajar akan didedahkan dengan matapelajaran yang
berkaitan dengan keperluan-keperluan
di peringkat Diploma Pengurusan Perniagaan. Selain menambahkan kemahiran
Bahasa Inggeris, pelajar juga akan diajar teknik-teknik belajar yang
berkesan dan diberi bimbingan motivasi bagi menjadi pelajar yang berjaya
dan lebih komited. Pelajar yang telah tamat
dan lulus dalam kursus ini akan ditawarkan untuk mengikuti kursus
Diploma Pengurusan Perniagaan (DBS). Walaubagaimanapun pelajar-pelajar
yang cemerlang dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan berpeluang untuk
terus mengikuti pengajian DBS setelah 6 bulan atau 1 semester pengajian.
2)
PRA SAINS (PD 008) 3)
DIPLOMA PERAKAUNAN (AC 110) 4)
DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (BM 111) Urusan
perniagaan kini yang tiada persempadanan memerlukan kepakaran yang tinggi.
Pengisian kepada ruang ini perlu secara
formal melalui penganjuran kursus-kursus yang disusun secara bersepadu
yang mengambil kira kepada keperluan masa kini. Oleh itu Institut Yayasan
Bumiputra telah mengambil langkah dengan membuat kerjasama dengan UiTM
bagi menganjurkan kursus Diploma Pengajian Perniagaan.Kursus yang dikawal
selia sepenuhnya oleh UiTM
ini mendedahkan pelajar tentang beberapa kaedah pengurusan perniagaan yang
terkini bersesuaian dengan keperluan semasa. Kursus yang dirangka oleh
pihak UiTM secara komprehensif ini berhasrat untuk melahirkan tenaga kerja
yang berkelayakan untuk memenuhi permintaan yang kian bertambah dari
berbagai organisasi. Juga diharapkan pelajar-pelajar ini bakal menjadi
usahawan yang berjaya dengan mempraktikkan ilmu yang mereka pelajari. 5)
DIPLOMA SAINS KOMPUTER (CS 110) Kursus
ini dibentuk terutamanya untuk melatih pelajar-pelajar di dalam aplikasi
komputer secara saintifik dan komersil bagi memenuhi keperluan kakitangan
yang meningkat di sektor-sektor awam dan swasta. Kursus ini bertujuan
untuk memberi para pelajar pengetahuan mengenai dunia komputer,
terutamanya aplikasi komputer dan kepakaran dalam pengaturcaraan
komputer. Pelajar-pelajar di semester akhir diwajibkan menjalani
satu latihan praktik selama 4 bulan di organisasi-organisasi yang
terpilih. Di sepanjang latihan praktik ini, pelajar-pelajar dijangka akan
dapat menimba pengetahuan bukan sahaja di dalam analisis dan rekabentuk
sistem, tetapi juga implimentasinya di beberapa jabatan komputer. Satu
laporan bertulis dan pembentangan mengenai latihan ini diwajibkan di
penghujung semester. Lulusan Diploma Sains Komputer boleh melanjutkan
pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau boleh bekerja di sektor
awam atau swasta di dalam bidang Teknologi Maklumat. SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
|
![]()
Institut Yayasan Bumiputra Pulau PInang, Lot 4, Jln 4, Bandar Baru Perda, 14000 Bkt Mertajam
Tel : 04-6212115, 2315 Fax : 04-621 2015
![]()
Top
@Copyright by Anwar Zakaria 2003